Di bawah adalah antara kotak bungkusan yang amat kreatif dan inovatif bagi produk-produk seperti biskut, pizza, jus buah, telur dan sebagainya. Tidak pasti sama ada ia betul-betul dihasilkan untuk pasaran atau hanya idea kreatif pereka semata-mata.
CuriCuriTengok
boring-boring boleh usha
Friday, 27 November 2015
Thursday, 26 November 2015
CuriCuriDesign | Tisu Tandas berbentuk buah-buahan
Tisu tandas kreatif bentuk buah-buahan dari jepun, dihasilkan bagi menyamai rupa bentuk buah sebenar, direka oleh latona
CuriCuriPistol | SALT Self Defense Gun
SALT Self Defense Gun, ianya sebuah pistol untuk keselamatan di rumah. Pistol yang seperti pistol paintball ini direka dengan prinsip bahawa sesuatu pistol api tidak sepatutnya akan menyebabkan kematian kerana ingin selamatkan nyawa yang lain. Ia direka sebagai pistol yang lebih selamat daripada pistol api yang biasa kerana ia menggunakan peluru berisi serbuk lada hitam dan tidak menggunakan peluru yang biasa. Setiap peluru direka dengan toksin yang merbahaya yang akan menyebabkan respiratori dan membuatkan penglihatan menjadi kabur.
CuriCuriMoto | CEZETA 506 ELECTRIC SCOOTER
Cezeta adalah sebuah syarikat pengeluar motorsikal di Czech Republic pada tahun 60an, dan sekarang untuk mengimbau zaman kegemilangan mereka dahulu, mereka telah mengeluarkan semula model skuter popular mereka versi elektrik. Cezeta Type 506 mengekalkan bentuk klasik 1950an itu tapi dilengkapi dengan sistem motor elektrik yang baru. Dilengkapi dengan kuasa Lithium-ion pack (5kwh) yang mampu bergerak sejauh 100 km dengan sekali cas dengan kelajuan 80 km/j. Aksesori seperti pengecas solar, remote alarm, immobiliser dan sekuriti GPS, pemegang smartphone, lampu LED di bawah dan banyak lagi. Ia juga boleh muat turun app untuk skuter ini bagi tujuan untuk memeriksa tahap bateri, kawalan laju dan pecutan, dan juga boleh mendengar muzik melalui speaker bluetooth yang dipasang di skuter.
CuriCuriMoto | BMW R NINET SCRAMBLER
Di pameran motorsikal EICMA di Italy, BMW telah memperlihatkan BMW R NINET SCRAMBLER sebuah motorsikal baru bertemakan cafe racer. Ianya adalah kesinambungan dari model R NineT. Pihak BMW mengambil inspirasi untuk membina jentera ini dari motorsikal off-road dirt bikes di era 50'an,60'an dan 70'an tetapi dengan enjin dan teknologi yang terkini. Dikuasakan dengan 1.17 liter boxer twin engine, 110 horspower dan 85 pound torque. Aksesori lain seperti rim 19" inci, ekzos dengan twin silencer, 4-piston calipers dan ABS standard.
Subscribe to:
Posts (Atom)