Cezeta adalah sebuah syarikat pengeluar motorsikal di Czech Republic pada tahun 60an, dan sekarang untuk mengimbau zaman kegemilangan mereka dahulu, mereka telah mengeluarkan semula model skuter popular mereka versi elektrik. Cezeta Type 506 mengekalkan bentuk klasik 1950an itu tapi dilengkapi dengan sistem motor elektrik yang baru. Dilengkapi dengan kuasa Lithium-ion pack (5kwh) yang mampu bergerak sejauh 100 km dengan sekali cas dengan kelajuan 80 km/j. Aksesori seperti pengecas solar, remote alarm, immobiliser dan sekuriti GPS, pemegang smartphone, lampu LED di bawah dan banyak lagi. Ia juga boleh muat turun app untuk skuter ini bagi tujuan untuk memeriksa tahap bateri, kawalan laju dan pecutan, dan juga boleh mendengar muzik melalui speaker bluetooth yang dipasang di skuter.
No comments:
Post a Comment