Friday, 27 November 2015

CuriCuriDesign | Kotak Bungkusan Kreatif dan Inovatif

Di bawah adalah antara kotak bungkusan yang amat kreatif dan inovatif bagi produk-produk seperti biskut, pizza, jus buah, telur dan sebagainya. Tidak pasti sama ada ia betul-betul dihasilkan untuk pasaran atau hanya idea kreatif pereka semata-mata.






Thursday, 26 November 2015

CuriCuriDesign | Tisu Tandas berbentuk buah-buahan

Tisu tandas kreatif bentuk buah-buahan dari jepun, dihasilkan bagi menyamai rupa bentuk buah sebenar, direka oleh latona




CuriCuriPistol | SALT Self Defense Gun

SALT Self Defense Gun, ianya sebuah pistol untuk keselamatan di rumah. Pistol yang seperti pistol paintball ini direka dengan prinsip bahawa sesuatu pistol api tidak sepatutnya akan menyebabkan kematian kerana ingin selamatkan nyawa yang lain. Ia direka sebagai pistol yang lebih selamat daripada pistol api yang biasa kerana ia menggunakan peluru berisi serbuk lada hitam dan tidak menggunakan peluru yang biasa. Setiap  peluru direka dengan toksin yang merbahaya yang akan menyebabkan respiratori dan membuatkan penglihatan menjadi kabur.




 | Image

 | Image


 | Image

CuriCuriMoto | CEZETA 506 ELECTRIC SCOOTER

Cezeta adalah sebuah syarikat pengeluar motorsikal di Czech Republic pada tahun 60an, dan sekarang untuk mengimbau zaman kegemilangan mereka dahulu, mereka telah mengeluarkan semula model skuter popular mereka versi elektrik. Cezeta Type 506 mengekalkan bentuk klasik 1950an itu tapi dilengkapi dengan sistem motor elektrik yang baru. Dilengkapi  dengan kuasa Lithium-ion pack (5kwh) yang mampu bergerak sejauh 100 km dengan sekali cas dengan kelajuan 80 km/j. Aksesori seperti pengecas solar, remote alarm, immobiliser dan sekuriti GPS, pemegang smartphone, lampu LED di bawah dan banyak lagi. Ia juga boleh muat turun app untuk skuter ini bagi tujuan untuk memeriksa tahap bateri, kawalan laju dan pecutan, dan juga boleh mendengar muzik melalui speaker bluetooth yang dipasang di skuter.



 | Image

 | Image

 | Image

CuriCuriMoto | BMW R NINET SCRAMBLER

Di pameran motorsikal EICMA di Italy, BMW telah memperlihatkan BMW R NINET SCRAMBLER sebuah motorsikal baru bertemakan cafe racer. Ianya adalah kesinambungan dari model R NineT. Pihak BMW mengambil inspirasi untuk membina jentera ini dari motorsikal off-road dirt bikes di era 50'an,60'an dan 70'an tetapi dengan enjin dan teknologi yang terkini. Dikuasakan dengan 1.17 liter boxer twin engine, 110 horspower dan 85 pound torque. Aksesori lain seperti rim 19" inci, ekzos dengan twin silencer, 4-piston calipers dan ABS standard. 


 | Image

 | Image

 | Image

 | Image

bmw-r-ninet-scrambler-6.jpg

CuriCuriDope | Apabila Jenama Laman Sosial menjadi barang makanan harian oleh Valerio Loi.

Jenama laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dijadikan sebagai jenama makanan harian seperti mayones,susu dan lain-lain. Dihasilkan oleh Valerio Loi, seorang jurugambar dari Cagliari,Italy.




Valerio Loi, Web Popularity Products - PhotographyValerio Loi, Web Popularity Products - PhotographyValerio Loi, Web Popularity Products - PhotographyValerio Loi, Web Popularity Products - Photography

CuriCuriFilem | Infografik Star Wars

Sempena filem terbaru Star Wars "The Force Awakens" yang akan ditayangkan pada 18 Disember 2015, kami sertakan info-info grafik tentang francais filem Star Wars sejak tahun 1977 ini.










CuriCuriDesign | Arca Haiwan Dari Alat Elektronik Terpakai oleh Tim Hobbelman

Tim Hobbelman daripada Belanda telah menghasilkan arca-arca haiwan daripada alat-alat elektronik terpakai seperti pengering rambut, fon kepala dan juga dustbuster, semua ini digunakan bagi menghasilkan bentuk mata,hidung dan juga kepak. Dengan imaginasi kreatif beliau terhasilnya arca haiwan seperti seekor rusa, beruang dan lain-lain. Setiap arca dihasilkan secara terperinci bagi menampakkan bentuk fizikal haiwan-haiwan ini dan juga menerapkan unsur-unsur haiwan "cyborg".

  





CuriCuriSepatu | 10 Nike Dunks terbaik.

Pada tahun 1985, Nike melancarkan kasut Dunk  Hi untuk diseragamkan dengan uniform pasukan basketball di universiti-universiti di Amerika Syarikat. Pada hari ini, 25 tahun selepas itu, kita dapat melihat hampir semua personaliti dari artis grafiti hinggalah ke penyanyi rock memilih untuk menyarungkan kasut ikonik Nike Dunk ini.

Senarai di bawah di kategorikan sebagai 10 Nike Dunk terbaik yang pernah dihasilkan sehingga kini.






10. Nike Dunk Low "AKA" (Patent Charity Dunk Pack)
YEAR OF RELEASE: 2006
9. Nike x HAZE Dunk Low
YEAR OF RELEASE: 2003
8. Nike Sportswear x Nylon Magazine Dunk Hi
YEAR OF RELEASE: 2009
7. Nike Dunk Hi "Orchard St. Customs" 
YEAR OF RELEASE: 2003

CuriCuriSeni | 15 Lukisan "Dope" yang boleh dimiliki sekarang

Bukan semua orang boleh memiliki sesebuah lukisan yang berada di galeri dan muzium lukisan, tetapi ada banyak lagi lukisan di luar sana yang berkualiti dan mampu milik. Ianya lukisan yang diinspirasi dari buku dan angkasa lepas ke kata-kata mutiara dengan menggunakan "cool typography". Di bawah adalah senarai 15 lukisan "Dope" yang boleh dimiliki.


BE@RBRICK Anniversary Print by House Industries 

Buy it from: House Industries, $100


"Untitled 2011" by Brent Rollins 

Buy it from: HVW8, $150

Hunter S. Thompson Art Print by ObviousState

Buy it from: ObviousState, $24.00

Pacific Standard Time Posters

Buy it from: Win your favorite here.

CuriCuriSeni | Seni Ukiran Miniatur di hujung pensil

Seorang pengukir seni Rusia, Salavat Fidai mengukir ukiran patung di hujung pensil. Dua tahun lalu, beliau berhenti kerja sebagai seorang pegawai eksekutif untuk menceburi minat beliau sebagai pengukir seni bebas.
Ukirannya telah menjadi popular di internet dan beliau telah mempunyai pengikut yang ramai disebabkan hasil ukiran miniatur beliau. Beliau juga adalah seorang pelukis dan jurugambar yang berpengalaman. Hasil-hasil seni beliau boleh dilihat di laman web beliau.
Baru-baru ini beliau telah melancarkan buku bertajuk "Indiegogo campaign"  yang memaparkan lebih 100 hasil-hasil ukiran miniatur, lukisan miniatur dan juga autobiography beliau. 





CuriCuriDesign | 19 Contoh Typography kreatif untuk rujukan anda

Typography Logo: Setiap perniagaan mempunyai logo tersendiri. Pereka logo sentiasa memerah otak untuk mencipta sesuatu logo dengan typography yang menarik, tetapi kadang-kadang hanya dengan mereka logo yang simple boleh menjadi sesuatu logo yang amat menarik. Jika anda sedang mereka-reka typography, anda bole merujuk contoh-contoh seperti di bawah untuk sumber insipirasi anda.





CuriCuriDesign | 12 Contoh Design Rekabentuk Logo atau Jenama yang boleh menjadi rujukan anda

Identity Design : Jenama atau Penjenamaan adalah aspek penting dalam sesuatu perniagaan. Kunci kepada kejayaan sesuatu produk atau perniagaan adalah penjenamaan. Jika anda ingin pelanggan anda untuk mengingati anda adalah dengan jenama, Pada masa sekarang banyak syarikat telah membuat penjenamaan korporat untuk menjadikan perniagaan mereka semakin berkembang. Di sini kami sertakan contoh 12 "identity design" menarik yang diambil di seluruh dunia.